Pengenalan Apa itu ePerolehan MOF?
Apa itu ePerolehan MOF merupakan sistem perolehan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk pembekal yang berdaftar dengan Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan secara atas talian.
Objektif ePerolehan MOF
Objektif utama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melaksanakan ePerolehan MOF adalah sebagai:
Pelan Perolehan
Pelan ini adalah untuk Pengguna Kerajaan merancang perbelanjaan dan perolehan yang akan dilakukan. Ia dapat membantu memastikan setiap perolehan kerajaan dapat dirancang secara terperinci agar dapat dilaksanakan secara berhemat dan dapat mengoptimumkan peruntukan yang diluluskan.
Pemilihan Pembekal
Pemilihan Pembekal merujuk kepada proses mencari, memilih, menilai, dan melantik pembekal untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan tertentu.
Pengurusan Kontrak
Pelan pengurusan kontrak adalah untuk menyediakan ciri-ciri untuk membolehkan penciptaan dengan memasukkan maklumat. Seperti nilai, tempoh kontrak, jangkamasa pembayaran & penghantaran secara atas talian.
Pengurusan Pembekal
Membantu menyediakan maklumat mengenai semua pembekal yang membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, Badan Berkanun, syarikat berkaitan kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi lain di bawah seliaannya di dalam Sistem ePerolehan.
Selain itu, dengan adanya sistem ePerolehan ini, pihak pembekal yang berdaftar juga dapat menerima pesanan pembelian kerajaan, memasukkan pesanan penghantaran dan mencipta invois.
Kelebihan ePerolehan MOF
Sistem perolehan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ini mempunyai banyak kelebihan. Sama ada pada pembekal yang berdaftar atau kepada kerajaan.
Antara kelebihan yang boleh dinikmati oleh pembekal adalah dapat mengiklankan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dengan lebih mudah, disamping meningkatkan kualiti pembelian.
Selain itu, kerajaan juga meperolehi kelebihan dengan adanya sistem ePerolehan ini, Antaranya adalah dapat menjimatkan kos operasi pagi pembekal dan pembeli kerajaan berdasarkan tempoh masa yang singkat dan urus niaga yang mudah serta selaras dengan misi negara, sistem ini mampu menjadi jentera kepada kerajaan Malaysia untuk menembusi ekonomi baharu.
Rumusan
Kesimpulannya, sistem ePerolehan MOF merupakan satu kemudahan kepada pembekal dan Pengguna Kerajaan dalam merancang dan melakukan perolehan. Sistem ini juga dapat membantu untuk menjimatkan masa, kos dan tenaga kerana proses secara atas talian sahaja. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami pada talian 011-70009624